IPOH: Seorang lelaki maut selepas terjatuh ke dalam gaung ketika mendaki bukit di Hutan Simpan Bukit Kledang, di sini pada Isnin.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak berkata, mangsa dikenali sebagai Shahrom Ahmad Salaludin, 40, sebelum itu dipercayai mendaki bukit berkenaan bersama rakannya.
Beliau berkata, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian itu pada jam 6.09 petang.
Katanya, sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh dihantar ke lokasi dan mendapati mangsa tidak sedarkan diri.
“Mangsa telah jatuh ketika berada dalam jarak 400 meter dari kaki bukit. Mangsa telah disahkan maut oleh pegawai perubatan hospital,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Ujarnya, pasukan bomba telah membawa mangsa turun ke kaki bukit sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II (KUP) Balbir Singh Chandan Singh itu tamat pada jam 8.30 malam.
Amirrul Rabbani
Mon Sep 26 2022
Mangsa telah disahkan maut oleh pegawai perubatan hospital. - Gambar/ JBPM
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
Angka kematian letusan Gunung Marapi Indonesia meningkat kepada 23 orang
Mereka adalah antara 75 orang yang mendaftar untuk mendaki Marapi apabila gunung berapi itu tiba-tiba meletus pada petang Ahad.
Cuaca buruk jejas usaha cari mangsa di Gunung Marapi
Usaha mencari dan menyelamat mangsa letusan Gunung Marapi di Sumatera Barat, Indonesia terhalang oleh hujan serta jalan yang lincin.
47 pendaki terkandas di Gunung Marapi
Sekurang-kurangnya 47 pendaki terkandas berikutan letusan gunung berapi di Sumatera Barat pada Ahad, menurut jurucakap agensi bencana negara BNPB Abdul Muhari.
10 pendaki terbunuh akibat runtuhan salji di Uttarakhand, India
Sepuluh pendaki gunung terbunuh di negeri Uttarakhand utara India, pada Selasa akibat runtuhan salji semasa ekspedisi.
Pendaki maut jatuh gaung di Hutan Simpan Bukit Kledang
Seorang lelaki maut selepas terjatuh ke dalam gaung ketika mendaki bukit di Hutan Simpan Bukit Kledang, di sini pada Isnin.
Pendaki maut daki bukit positif COVID-19
Seorang lelaki yang didapati positif COVID-19 meninggal dunia ketika mendaki Bukit Haji Yusuf, Kampung Berapit dekat Tikam Batu di sini, hari ini.
7 terkorban, 13 lagi masih hilang dalam runtuhan salji di Itali
Angka kematian akibat runtuhan salji di utara Itali telah meningkat kepada tujuh orang setakat ini, lapor Xinhua.
Pendaki maut di puncak Banjaran Titiwangsa, usaha bawa turun digerak hari ke-3
Usaha membawa mayatnya keluar hanya dapat digerakkan esok disebabkan faktor muka bumi mencabar dan cuaca.
Pendaki Gunung Suku hanyut: Lagi cebisan tubuh manusia ditemui pasukan penyelamat
Muhammad Shahrizal Aris berkata cebisan tubuh manusia itu dijumpai pada jam 4.30 petang di lokasi penemuan kedua semalam.
Warga emas maut ketika mendaki di Centipede Trail, Bukit Melati
Seorang lelaki warga emas meninggal dunia ketika menjalani aktiviti mendaki di Centipede Trail, Bukit Melati, di sini petang tadi.